20 April 2014

Ulasan Karya Agung



Karya agung adalah cetusan akal fikiran melayu yang luar biasa. Terdapat dua tahap keupayaan mentalnya, iaitu
        i.            Keupayaan berfikir secara kreatif melalui keadah atau proses mental yang dapat kita sebut kaedah metafora, yakni kaedah berfikir melalui perumpamaan, perbandingan, kiasan, dan tamsil ibarat untuk menyampaikan sesuatu konsep yang abstrak dengan menggunakan sesuatu benda daripada alam nyata sebagai analoginya.
      ii.            Kebolehan mentalnya untuk menyusun fikirannya dalam bentuk pengungkapan yang berstruktur.

Karya Agung merupakan karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, peradaban sesuatu bangsa. Dalam sesuatu karya agung, ia mempunyai jenisnya yang tersendiri. Dalam karya agung Melayu terdapat jenis karya agung, iaitu karya agung yang bersifat kesusasteraan rakyat, hikayat, panji, epik, undang-undang, agama, kitab, dan ketatanegaraaan.
            Karya agung yang disifatkan sebagai karya agung kesusasteraan rakyat adalah karya yang melibatkan mitos, legenda, binatang, jenaka, penglipur lara, dan cerita tauladan. Manakala karya agung yang disifatkan sebagai karya hikayat pula ialah kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam,  kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam yang berunsur Hindu-Islam dan kesusasteraan Hikayat Zaman Islam yang berunsur Islam.
            Manakala karya agung yang dikatakan sebagai kesusasteraan panji adalah kesusasteraaan yang menceritakan tentang percintaan. Kesusasteraan panji ini biasanya membawa pemikiran tentang hal percintaan diantara hero nya yang dikatakan merantau mencari cinta. Contoh karya agung yang popular bergenre panji ini adalah Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.
            Selain itu juga, seperti yang telah dinyatakan diatas, karya agung melayu juga mempunyai genre epik. Karya agung yang bergenre epik ini diwakili oleh Hikayat Hang Tuah (HHT). Karya agung yang bergenre epik ini biasanya mengetengahkan pemikiran dan idealisme berkaitan dengan kepahlawanan atau keperwiraan. Manakala karya agung yang bersifat undang-undang diwakili oleh karya agung Undang-Undang Laut Melaka. Karya agung ini memperlihatkan adanya kuasa pemerintah yang mengariskan larangan, peraturan, dan hukum-hakam yang perlu dipatuhioleh setiap individu dalam masyarakat tersebut supaya wujud kemakmuran dan ketenteraman awam. Secara amnya, undang-undang ini mengandungi keterangan tentang kuasa pentadbiran dan penggihan tugas raja dan pembesar negeri.
            Manakala karya agung bersifat keagamaan pula merupakan cerita-cerita nabi dan tokoh-tokoh Islam khasnya cerita tentang Nabi Muhammad s..a.w merupaka karya sastera bercorak naratif. Secara umumnya, cerita ini berlatarbelakangkan sejarah Islam sebenar. Contoh karya agung yang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w aialah Hikayat Nur Muhammad.
            Manakala genre yang lain ialah berkaitan dengan kesusasteraan kitab, atau yang membawa pemikiran kitab dalam karya agung. Contoh karya agung ini ialah Hikayat Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin. Selain itu, genre yang terakhir ialah karya agung yang bersifat ketatanegaraan. Genre ini menjelaskan tentang petunjuk, pandangan, amalan, dan peraturan bagi golongan pentadbir termasuk raja dan pegawai istana lain seperti menteri, wazir, utusan, penulis surat dan sebagainya lagi. Contoh karya ini adalah Bustan al-Salatin.







           

No comments:

Post a Comment