05 April 2014

Abdul Samad Al-Falambani


•Nama sebenar: Syeikh Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi al-Falimbani
•Nama lain: Sayyid Abdul Samad bin Abdul Rahman al-Jawi
•Tahun Lahir: 1116 H /1704
•Tempat lahir: Palembang
•Merupakan panglima perang Pattani dan Kedah melawan tentera Siam (1828-1832)
•Meninggal pada: 1832
•Makam: Mukim Jenuang Chanaa, berhampiran Pondok Bantrap.

Sahabat-sahabat
•Muhammad Arsyad Al-Banjari
•Abdul Wahab Bugis
•Abdul Rahman Al-Batawi
•Daud Al-Fatani(kesemuanya menjadi ulama Nusantara.

Pendidikan
•Didikan awal daripada bapa beliau sendiri.
•Belajar agama di Kedah dan Patani
•Menyambung pelajaran di Makkah dan Madinah selama 30 tahun
•Cenderung kepada ilmu tasawuf semasa belajar di Makkah dan Madinah
•Buktinya, beliau sanggup mencari guru tasawuf yang lain apabila guru beliau tidak mengajar tasawuf.
•Belajar ilmu Terekat Khalwatiyyah dan Sammaniyah di Madinah daripada Syeikh Muhammad Al-Samman pada 1162 H/1749M
•Diberi kepercayaan untuk mengajar murid-murid Al-Sammani dan berketurunan Arab Asli
DAKWAH
•Semasa beliau di Haramyn, karya-karya beliau banyak mengajak umat Islam berjihad melawan penjajah Eropah di samping menyebarkan ajaran-ajaran Sufisme.
  • Dakwah Islamiyah-Mengingatkan masyarakat supaya tidak tersesat dengan pelbagai fahaman sesat yang menyimpang daripada ajaran tasawuf sehingga mengabaikan syariat
KARYA-KARYA
1.Kitab  Nasihatul al-Muslimin wa Tadzkiratul Mu’minin Fi Fadailil Jihad fi Sabilillah wa Karamatil-Mujahidin Fi Sabilillah
ØUntuk menangani kolonialisme Barat
ØMeniupkan semangat Jihad kepada umat Islam di seluruh dunia
2.Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al- ‘Alamin
ØDitulis 1778 di Taif
ØMemuatkan terjemahan Lubab Ihya’ Ulum al-Din karya Al-Ghazali
3.Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid
ØDitulis di Makkah pada 1178 H/1764 M
ØDalam bahasa Melayu
ØMemuatkan masalah tauhid yang ditulisnya atas permintaan pelajar Indonesia yang belum menguasai bahasa Arab
ØKarya pertama
ØDikarang di Makkah atas desakan seorang sahabat yang bersama beliau mengikuti syarahan Ahmad bin Abdulu Mun’im al-Damanhuri(seorang ulama Mesir) yang mengunjungi Makkah (1973)
ØKarya untuk mereka yang tidak menguasai bahasa Arab
4.  Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak  al-Mutaqqin
ØAdaptasi daripada karangan imam al-Ghazali(Biyatul Hidayah)
ØMengandungi perbahasan usuluddin, syariat dan tasawuf
ØSelesai ditulis di Makkah pada 1778H
ØPengaruh yang besar di Nusantara
ØTelah dicetak berkali-kali di Makkah, Bombay, Kaherah dan lain-lain
ØMenyajikan suatu sistem ajaran tasawuf yang memusatkan perhatian pada cara pencapain ma’rifah kesufian melalui pembersihan batin & penghayatan ibadah menurut syariat Islam

•Secara keseluruhannya kitab Hidayatus Salikin adalah bercorak pelajaran tasawuf untuk golongan mubtadi
•Kitab ini menghimpunkan ilmu yang membawa takut kepada Allah.
•Di dalamnya terdapat ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat yang sayogianya setiap insan mengetahuinya.
  “Maka dari kerana inilah kasih aku bahawa aku bahasakan akan beberapa masalahnya di dalam bahasa Jawi Melayu serta ku tambah padanya akan beberapa masalah yang baik-baik…”
•Kandungan lain:
qFashal adab imam dan ma’mum(25 perkara)
qFashal adab Jumaat (Imam al-Ghazali)-20 adab





5.Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman  al-Mukminim
ØDitulis pada 1774
ØMengandungi suatu fragmen mengenai perang Salib
Sebuah naskah berada di Perpustakaan Nasionall Jakarta dan sebuah lagi di Perpustakaan Leningrad
6.Al- ‘Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil Ittiqa’
ØDitulis dalam bahasa Arab
ØMenyentuh wirid-wirid yang perlu dibaca pada waktu-waktu tertentu.
7.Ratib’ Abdal Samad
ØSeumpama buku saku yang berisi zikir, puji-pujian dan doa yang dilakukan setelah solat Isya
ØIsi kitab hampir sama dengan yang terdapat pada Ratib Samman.
8.Zad al-Mutaqqin fi Tauhid Rabb al- ‘Alamin
ØBerisi ringkasan ajaran tauhid yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad al-Samman di Madinah
Turut menghasilkan karya berkaitan ajaran tasawuf
ØMemusatkan kepada pencapaian makrifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam.
ØTransformasi pendekatan tasawuf beliau lebih menekankan hal-hal berkaitan penyucian fikiran dan perilaku sosial
ØMemberi penekanan bahawa aspek syariat dan tasawuf sebagai salah satu maqam (tempat ) tertinggi dan hala tuju seorang sufi.
Penjelasan 4 tingkat tauhid (Al-Ghazali)
•Martabat 1
vTauhid orang munafik yang mengungkapkan kalimah syahadah tetapi hatinya lalai dan mengingkari makna kalimah itu
•Martabat 2
vTauhid kebanyakan orang yang membenarkan kalimah syahadah
•Martabat 3
vMaqam tempat orang Muqqarabin yang belajar ilmu terekat supaya dapat memandang dengan hati keesaan Allah.
•Martabat 4
vTauhid orang siddiqin ‘arifin yang melihat hanya zat Allah yang dicapai oleh ahli sufi.
§Abdul Samad al-Falambani berjuang menentang Siam sehingga terkorban pada 1832
Sumbangan dalam bidang ilmu
•Karya Abdul Samad al Palambani banyak digunakan dalam agama dan sastera
•Karya beliau turut memperlihatkan martabat bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI
•M.Chatib Quzwain (1985). Mengenal Allah. Jakarta: Thinkers Library Sdn. Bhd.
•Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1996). Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Samad al Falambani Jilid 1. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

•Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1997). Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Samad al Falambani Jilid 2. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

No comments:

Post a Comment