05 April 2014

ABDULLAH MUNSYI


Abdullah Munsyi

Tokoh ini dilahirkan pada pada tahun 1796 Masihi. Nama penuh beliau ialah Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid (juga dikenali sebagai Kampung pali oleh orang Keling (Siti Aishah Murad, 1996). Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik (tetapi ketiga-tiga abangnya meninggal dunia ketika masih kecil). Beliau berketurunan India/Arab. Abdullah Munsyi pernah menjadi guru, dan jurutulis. Selain itu juga, beliau berpendidikan Inggeris. Beliau mendirikan rumah tangga sewaktu berusia 34 tahun. Beliau meninggal dunia di Mekah ketika berusia 58 tahun.
            Abdullah Munsyi pernah menjadi guru ketika berusia 11 tahun. Pada ketika ini beliau mengajar matapelajaran agama kepada askar Islam Melayu yang lebih tua daripadanya. Gelaran ‘musnyi’ yang beliau terima itu bermaksud ‘guru’. Beliau menerima gelaran ini ketika beliau berusia 11 tahun. Semasa beliau berusia 27 tahun, beliau telah mengajar Bahasa Melayu kepada Paderi Milne dan paderi itu mengajar Bahasa Inggeris kepadanya. Beliau digelar sebagai Abdullah Paderi oleh masyarakat Melayu Melaka pada ketika itu kerana beliau telah menterjemahkan Kitab Injil (Siti Aisah Murad, 1996). Beliau turut menulis Undang-Undang Singapura atas arahan Raffles. Selain itu juga, Abdullah telah diarahkan untuk mengumpul bahan sastera lama seperti kitab, hikayat dan syair untuk Raffles. Di samping itu juga, Newbold mengarahkan Abdullah untuk mengkaji dan menulis adat Cina dan masyarakat Jakun dalam bahasa Inggeris.
            Abdullah Munsyi dianggap sebagai Bapa Kesusasteraan Moden (Siti Aishah Murad, 1996). Hal ini demikian kerana, beliau merupakan tokoh bahasa yang memperkenalkan gaya penulisan berbentuk autobiografi. Beliau telah membawa tiga pembaharuan dalam dunia kesusasteraan. Pembaharuan yang pertama adalah karya asli tulisan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah & Hikayat Abdullah tergolong dalam sastera yang disebut “autobiografi”, iaitu biografi diri pengarang (Hashim Awang at. el., 1985:66).
Pembaharuan yang kedua adalah Isi-isi yang terdapat karya tokoh tidak lagi mengisahkan tentang perkara dongeng yag berlaku sekitar istana dan diri puteri-puteri raja seperti dalam kesusasteraan klasik. Watak-watak yang digunakan adalah        terdiri daripada watak manusia biasa yang     mempunyai sifat yang baik dan sifat yang             lemah (Hashim Awang et. al, 1985:66).
Pembaharuan yang ketiga adalah dari segi gaya penulisan. Gaya penulisan yang digunakan oleh Abdullah Munsyi menggunakan perkataan ‘aku’ dalam setiap peristiwa yang beliau ceritakan dalam setiap karyanya. Namun begitu, ketika zaman tersebut tidak ada seorang pun penulis yang mengikut jejak tokoh ini dalam penghasilan karya. Contohnya Raja Ali Haji (1809-1870) yang seangkatan dengan tokoh masih mengekalkan penulisan karya sastera yang bersifat klasik. Setelah 80 tahun kemudian, barulah ramai penulis yang menggunakan cara penulisan tokoh dalam cerpen, novel dan sajak mereka.
Di samping itu, Abdullah Munsyi merupakan tokoh bahasa pada zaman dahulu yang berani mengkritik sikap dan perilaku orang Melayu. Kritikan yang beliau berikan sangat kritis. Walaupun pada ketika itu, cara penulisan masih menggunakan gaya lama, tetapi tokoh bahasa ini telah menulis karya yang dikatakan mendahului zamannya. Beliau telah membuka pemikiran orang Melayu kepada kebaikkan dan kemajuan dengan mendedahkan keburukkan orang Melayu.
Antara karya tokoh
  1. Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
  2. Sisostis (Nama kapal yg terbakar)
  3. Hikayat Abdullah (1948)
  4. Syair Singapaura Terbakar (1930)
  5. Kisah Pelayaran Abdullah Ke Judah (Tidak dpt disiapkan krn beliau telah meninggal dunia, namun ttp diterbitkan olh Pustaka , Jakarta pd thn 1920)
Antara karya yang diterjemahkan oleh tokoh
      Hikayat Panca Tanderan dengan dibantu oleh Tambi Mutu Broppatar
Risalah Commerce Chamber (Perhimpunan Saudagar-saudagar


LOKASI KAMPUNG PALI






SYAIR SINGAPURA TERBAKAR







KISAH PELAYARAN ABDULLAH KE JEDDAH





HIKAYAT KALILAH DAN DAMINAH



BIBLIOGRAFI
Cheah Boon Kheng (2009). The Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).
Siti Aisah Murad (1996). Abdullah Munsyi dan Masyarakat Melayu.  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Yazid Abidin (2011).  Ceritacerita dari Abdullah Munsyi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang, Othman PutehRamli Isin & Sahlan MohdSaman ( 1985). Mendekati Kesusasteraan MelayuPetaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haron Daud & H. Ahmad Samin Siregar (2004). Mutiara Sastera Malaysia – Indonesia. Medan, Indonesia : USU Presss Publishing & Printing.


No comments:

Post a Comment