Etimologi dapat didefinisikan sebagai kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan atau makna kata tersebut.
KONSEP MELAYU
Definisi awal istilah “Melayu”
- M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.
- Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
- Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
- Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
- Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
- Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
- Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
Definisi “Melayu” dari segi etimologi
Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”
bermaksud “tempat bersalji”.
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar
agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Definisi “Melayu” berdasarkan Bangsa
Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit
Pengertian yang luas
Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan
gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku
bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.
Pengertian yang sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa
seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan
Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )
Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat
berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:
- orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
- orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian
- orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian
- orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain
Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke
seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.
(sumber:http://bukharis.blogspot.com/2010/05/asal-usul-bahasa-melayu.html)
No comments:
Post a Comment