17 April 2014

Konsep Karya Agung



Karya sesuatu bangsa melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu dalam membentuk tradisi dan identity mereka yang tersendiri (Mohd Rashid Mad Idris et. al, 2013:2). Hassan Ahmad (2005) dalam Mohd Rashid et.al (2013:1) mengatakan bahawa tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan dihayati melalui krya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai: karayawan, seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu.
            Menurut Mohd Rashid Mad Idris et.al (2013:2) karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Secara ringkasnya, karya agung itu dalah sesuatu karya yang meninggalkan atau mempunyai pengaruh kepada kesenian, ilmu, falsafah, nilai budaya dan nilai sosial kepada masyarakatnya.
            Manakala karya agung Melayu bermaksud karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya, dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu (Mohd Rashid Mad Idris et.al, 2013:3).
                  Manakala berikut merupakan konsep karya agung menurut Yayasan Karyawan.

Maksud Karya Agung (Yayasan Karyawan) 

No comments:

Post a Comment