18 April 2014

Retorik dan Gaya Bahasa Melayu Klasik










GAYA BAHASA KLASIK
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik.  Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

2.Bentuk Binaan Ayat
Dalam bahasa Melayu, pembahagian ayat terdiri daripada jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat. Dari segi jenis, ayat terdiri daripada:-
·         Ayat penyata
·         Ayat tanya
·         Ayat seruan
·         Ayat perintah
Dari segi ragam, ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Manakala dari segi binaan, ayat terdiri daripada:-
·         Ayat dasar
·         Ayat tunggal
·         Ayat majmuk
Ayat majmuk pula terdiri daripada ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan pula terdiri daripada ayat majmuk pancangan relative, komplemen dan keterangan.

3. Frasa dan Klausa
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

4. Pengaruh Bahasa Asing
Antara ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan bahasa Melayu Moden adalah pengaruh kosa kata asing. Bahasa Melayu Klasik dilihat banyak menerima fonem-fonem dari bahasa Arab (Abdullah Hassan, 1992).Antara yang kerap kali digunakan contohnya ‘kh’, ‘z’ dan ‘sy’. Penggunaan fonem-fonem ini digunakan dengan begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera yang bercorak keagamaan, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Antara contoh perkataan yang dikesan menerusi Hikayat Hang Tuah yang menggunakan fonem Arab adalah seperti akhirat, syarat dan zaman. Bahasa Melayu Klasik juga dilihat telah menerima pelbagai jenis kosa kata asing seperti Arab dan Sanskrit dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, undang-undang , kesusasteraan, pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Ini bermakna bahasa Melayu Klasik telah menyerap perkataan Arab dan Sanskit ke dalam bahasa Melayu ketika itu. Keadaan tersebut telah menyebabkan pertambahan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pinjaman dari perkataan Arab umpamanya adalah berpunca dari kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara.Seperti mana yang telah sedia maklum, Hikayat Hang Tuah membabitkan penceritaan yang berlatarkan masa yang panjang dan latar yang luas.

Maklumat Tambahan untuk Gaya Bahasa Melayu Klasik

Gaya Bahasa Melayu Klasik
Perbezaan Bahasa Melayu Klasik & Moden
Ciri-Ciri Retorik

Contoh Analisis dan Gaya Bahasa dalam Karya Agung
Hikayat Hang Tuah

 

No comments:

Post a Comment