05 April 2014

Abdul Samad Al-Falambani


Nama sebenar: Syeikh Abdul Samad bin Abdullah al-Jawi al-Falimbani
Nama lain: Sayyid Abdul Samad bin Abdul Rahman al-Jawi
Tahun Lahir: 1116 H /1704
Tempat lahir: Palembang
Merupakan panglima perang Pattani dan Kedah melawan tentera Siam (1828-1832)
Meninggal pada: 1832
Makam: Mukim Jenuang Chanaa, berhampiran Pondok Bantrap.

Sahabat-sahabat
Muhammad Arsyad Al-Banjari
Abdul Wahab Bugis
Abdul Rahman Al-Batawi
Daud Al-Fatani(kesemuanya menjadi ulama Nusantara.

Pendidikan
Didikan awal daripada bapa beliau sendiri.
Belajar agama di Kedah dan Patani
Menyambung pelajaran di Makkah dan Madinah selama 30 tahun
Cenderung kepada ilmu tasawuf semasa belajar di Makkah dan Madinah
Buktinya, beliau sanggup mencari guru tasawuf yang lain apabila guru beliau tidak mengajar tasawuf.
Belajar ilmu Terekat Khalwatiyyah dan Sammaniyah di Madinah daripada Syeikh Muhammad Al-Samman pada 1162 H/1749M
Diberi kepercayaan untuk mengajar murid-murid Al-Sammani dan berketurunan Arab Asli
DAKWAH
Semasa beliau di Haramyn, karya-karya beliau banyak mengajak umat Islam berjihad melawan penjajah Eropah di samping menyebarkan ajaran-ajaran Sufisme.
  • Dakwah Islamiyah-Mengingatkan masyarakat supaya tidak tersesat dengan pelbagai fahaman sesat yang menyimpang daripada ajaran tasawuf sehingga mengabaikan syariat
KARYA-KARYA
1.Kitab  Nasihatul al-Muslimin wa Tadzkiratul Mu’minin Fi Fadailil Jihad fi Sabilillah wa Karamatil-Mujahidin Fi Sabilillah
ØUntuk menangani kolonialisme Barat
ØMeniupkan semangat Jihad kepada umat Islam di seluruh dunia
2.Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al- ‘Alamin
ØDitulis 1778 di Taif
ØMemuatkan terjemahan Lubab IhyaUlum al-Din karya Al-Ghazali
3.Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid
ØDitulis di Makkah pada 1178 H/1764 M
ØDalam bahasa Melayu
ØMemuatkan masalah tauhid yang ditulisnya atas permintaan pelajar Indonesia yang belum menguasai bahasa Arab
ØKarya pertama
ØDikarang di Makkah atas desakan seorang sahabat yang bersama beliau mengikuti syarahan Ahmad bin Abdulu Mun’im al-Damanhuri(seorang ulama Mesir) yang mengunjungi Makkah (1973)
ØKarya untuk mereka yang tidak menguasai bahasa Arab
4.  Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak  al-Mutaqqin
ØAdaptasi daripada karangan imam al-Ghazali(Biyatul Hidayah)
ØMengandungi perbahasan usuluddin, syariat dan tasawuf
ØSelesai ditulis di Makkah pada 1778H
ØPengaruh yang besar di Nusantara
ØTelah dicetak berkali-kali di Makkah, Bombay, Kaherah dan lain-lain
ØMenyajikan suatu sistem ajaran tasawuf yang memusatkan perhatian pada cara pencapain ma’rifah kesufian melalui pembersihan batin & penghayatan ibadah menurut syariat Islam

Secara keseluruhannya kitab Hidayatus Salikin adalah bercorak pelajaran tasawuf untuk golongan mubtadi
Kitab ini menghimpunkan ilmu yang membawa takut kepada Allah.
Di dalamnya terdapat ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat yang sayogianya setiap insan mengetahuinya.
  Maka dari kerana inilah kasih aku bahawa aku bahasakan akan beberapa masalahnya di dalam bahasa Jawi Melayu serta ku tambah padanya akan beberapa masalah yang baik-baik…”
Kandungan lain:
qFashal adab imam dan ma’mum(25 perkara)
qFashal adab Jumaat (Imam al-Ghazali)-20 adab





5.Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman  al-Mukminim
ØDitulis pada 1774
ØMengandungi suatu fragmen mengenai perang Salib
Sebuah naskah berada di Perpustakaan Nasionall Jakarta dan sebuah lagi di Perpustakaan Leningrad
6.Al- ‘Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil Ittiqa
ØDitulis dalam bahasa Arab
ØMenyentuh wirid-wirid yang perlu dibaca pada waktu-waktu tertentu.
7.RatibAbdal Samad
ØSeumpama buku saku yang berisi zikir, puji-pujian dan doa yang dilakukan setelah solat Isya
ØIsi kitab hampir sama dengan yang terdapat pada Ratib Samman.
8.Zad al-Mutaqqin fi Tauhid Rabb al- ‘Alamin
ØBerisi ringkasan ajaran tauhid yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad al-Samman di Madinah
Turut menghasilkan karya berkaitan ajaran tasawuf
ØMemusatkan kepada pencapaian makrifah kesufian melalui pembersihan batin dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam.
ØTransformasi pendekatan tasawuf beliau lebih menekankan hal-hal berkaitan penyucian fikiran dan perilaku sosial
ØMemberi penekanan bahawa aspek syariat dan tasawuf sebagai salah satu maqam (tempat ) tertinggi dan hala tuju seorang sufi.
Penjelasan 4 tingkat tauhid (Al-Ghazali)
Martabat 1
vTauhid orang munafik yang mengungkapkan kalimah syahadah tetapi hatinya lalai dan mengingkari makna kalimah itu
Martabat 2
vTauhid kebanyakan orang yang membenarkan kalimah syahadah
Martabat 3
vMaqam tempat orang Muqqarabin yang belajar ilmu terekat supaya dapat memandang dengan hati keesaan Allah.
Martabat 4
vTauhid orang siddiqinarifin yang melihat hanya zat Allah yang dicapai oleh ahli sufi.
§Abdul Samad al-Falambani berjuang menentang Siam sehingga terkorban pada 1832
Sumbangan dalam bidang ilmu
Karya Abdul Samad al Palambani banyak digunakan dalam agama dan sastera
Karya beliau turut memperlihatkan martabat bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI
M.Chatib Quzwain (1985). Mengenal Allah. Jakarta: Thinkers Library Sdn. Bhd.
Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1996). Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Samad al Falambani Jilid 1. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1997). Hidayatus Salikin Syeikh Abdus Samad al Falambani Jilid 2. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

No comments:

Post a Comment